Terbukti Sejak 2016
Dahulu dikenali sebagai NJ Tuition Center. Sedekad membimbing pelajar Klang, kini dengan nama dan pusat baharu.
Dahulu dikenali sebagai NJ Tuition Center, kami telah mendidik pelajar sejak 2016. Kini sebagai Genius Maths, di pusat baharu Tingkat 1, atas FamilyMart Rantau Panjang, Klang. Diasaskan oleh Dr. Ts. Nor Jihan, pemegang PhD Kejuruteraan Awam dengan 20 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan. Pengambilan 2027 bermula Disember 2026.

Bukan pusat tuisyen baharu yang belum teruji. Ini yang anak anda dapat bila belajar dengan kami.
Dahulu dikenali sebagai NJ Tuition Center. Sedekad membimbing pelajar Klang, kini dengan nama dan pusat baharu.
Diasaskan oleh Dr. Ts. Nor Jihan: PhD Kejuruteraan Awam, Teknologis Profesional dan 20 tahun pengalaman pendidikan.
Dari umur 5 tahun hingga Tingkatan 5. Hantar semua anak ke satu tempat, satu masa.
Contoh: Darjah 1 β 3, RM200 untuk 16 kelas sebulan. Yuran telus, tiada caj tersembunyi.
Termasuk Add Maths, Add Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Ekonomi, Perniagaan dan Prinsip Akaun.
Setiap subjek diajar oleh tutor yang mengajar subjek dan peringkat tersebut sahaja.
Kelas sepanjang tahun. Cuti umum atau kelas tertangguh akan diganti, jadi anak tak ketinggalan.
Tingkat 1, betul-betul atas FamilyMart Rantau Panjang. Ibu bapa boleh tunggu dengan selesa.
Tawaran khas untuk ibu bapa yang mendaftar sebelum 1 Januari 2027. Pengambilan pelajar bermula Disember 2026.
Pilih kelas fizikal di pusat kami, atau belajar dari rumah secara online.
Belajar dari rumah, di mana sahaja di Malaysia.
Lihat Yuran OnlineNo 6A, Jalan Rantau Panjang KU4, Kg Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor
π Lihat LokasiIkut silibus terkini Kementerian Pendidikan Malaysia (KSSR & KSSM).
Prasekolah
Sekolah Rendah
Menengah Rendah
Menengah Atas (SPM)
Setiap malam, buku latihan Matematik dibuka atas meja makan. Satu soalan, dua soalan⦠lepas tu anak mula diam, mata berair, dan kita pun dah tak tahu nak terangkan macam mana lagi.
Silibus hari ini sangat berbeza dengan zaman kita sekolah dulu. Soalan KBAT, format baru, kerja rumah bertimbun. Ramai ibu bapa sebenarnya nak bantu, tapi tak tahu mula dari mana.
Bila asas tak kukuh, setiap topik baru terasa lebih susah. Lama-lama anak hilang minat, takut dengan subjek tu, dan mula percaya dia βmemang tak pandaiβ.
Sejak 2016, sebagai NJ Tuition Center, kami telah membantu ramai pelajar keluar daripada situasi ini. Kini dengan nama baharu Genius Maths, misi kami tetap sama. Kami percaya setiap anak boleh berjaya dengan cara mengajar yang betul, kelas yang tak terlalu ramai, dan latihan yang konsisten setiap minggu.
Di Genius Maths, anak bukan sekadar menghafal. Kami bantu mereka faham, supaya bila jumpa soalan baru dalam peperiksaan, mereka tahu cara nak jawab.
β Pasukan Genius Maths

Pengasas & Pengarah Β· Genius Maths
βSelama 20 tahun mengajar, saya lihat ramai pelajar sebenarnya mampu. Mereka cuma perlukan cara yang betul untuk faham. Itulah yang kami bawa ke Genius Maths.β
β Dr. Ts. Nor Jihan
Tiga punca yang paling biasa kami jumpa.
Topik awal tak difahami betul-betul, jadi topik seterusnya makin sukar.
Bila asyik gagal, anak takut mencuba dan tak lagi berminat nak belajar.
Komitmen kerja buat ibu bapa tak sempat pantau dan bimbing pelajaran anak setiap hari.
Lima perkara yang kami buat untuk bantu anak anda meningkat.
Setiap subjek diajar oleh tutor yang mengajar subjek dan peringkat tersebut sahaja.
Bilangan pelajar terhad supaya setiap anak berpeluang bertanya dan dibimbing.
Modul lengkap ikut silibus terkini, kertas ujian berkala dan bahan cetakan tambahan untuk topik kritikal.
Latih tubi format soalan sebenar, khas untuk pelajar tahun peperiksaan.
Kelas berjalan sepanjang tahun. Cuti umum atau kelas tambahan akan diganti.
Tawaran Early Bird: daftar sebelum 1 Januari 2027 dan bayar yuran pendaftaran RM60 sahaja (harga biasa RM100). Tempat terhad!
Tak jumpa jawapan? WhatsApp admin kami.
Tidak. Kami ajar semua subjek teras dan elektif, dari BM, BI, Sains, Sejarah hingga Fizik, Kimia, Biologi, Add Maths, Ekonomi, Perniagaan dan Prinsip Akaun.
Tidak. Kami dahulu dikenali sebagai NJ Tuition Center dan telah mendidik pelajar sejak 2016. Mulai Sesi 2027, kami beroperasi dengan nama Genius Maths di pusat baharu, Tingkat 1, atas FamilyMart Rantau Panjang, Klang.
Pengambilan pelajar 2027 bermula Disember 2026. Pusat kami di Tingkat 1, atas FamilyMart Rantau Panjang, Klang.
Ada. Kelas Membaca & Mengira untuk kanak-kanak 5 β 6 tahun, RM150 sebulan, supaya mereka bersedia sebelum masuk Darjah 1.
Darjah 1 β 6: 1 jam. Tingkatan 1 β 5 (fizikal): 1 jam 30 minit. Semua kelas online: 1 jam. Setiap subjek ada 4 kelas sebulan.
Yuran pendaftaran (RM60 jika daftar sebelum Januari 2027) + yuran bahan/buku RM25 setiap subjek + yuran bulanan pakej yang dipilih. Lihat butiran penuh di page Jadual & Yuran.
Tuisyen bercuti tanpa kelas ganti semasa Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Krismas dan Tahun Baru. Cuti umum lain akan diganti.
Kami tidak menjanjikan gred tertentu kerana keputusan bergantung juga pada usaha pelajar. Matlamat kami ialah peningkatan yang jelas dari semasa ke semasa.
Boleh, tertakluk kepada kekosongan tempat dalam kelas tersebut.